Sekarang orang dah ramai tahu tentang Takaful, tapi masih lagi ramai Orang Islam yang belum memiliki polisi Takaful. Mungkin ada masih anggap mengambil polisi Takaful sebagai beban sebab terpaksa bayar sejumlah wang dan hasil yang tidak jelas..
Itulah hakikat Takaful, hasilnya memang kita tidak nampak sampailah berlaku malapetaka... Contohnya, bila kaki dapat kecacatan kekal, tanpa polisi Takaful? macam mana nak teruskan kehidupan? Silap-silap dah tak boleh bekerja lagi, maka kita hilang punca pendapatan..
Ramai juga anggap kemalangan tak mungkin menimpa mereka. Tetapi kena jugak ingat.. Tuhan menyuruh kita merancang untuk masa depan.
- Takaful keluarga memberi Perlindungan dan Simpanan Jangka Pandang, manafaat adalah untuk diri kita sendiri atau untuk keluarga kita jika ditimpa musibah. Simpanan Jangka Panjang akan kita dapat kerana sebahagian dari carumah didepositkan dalam akaun simpanan. Pulangan pelaburan berdasarkan kepada nisbah yang telah dipersetujui.
- Kita juga dapat pelepasan cukai perseorangan seperti mengambil insuran nyawa. Maksimum pelepasan bagi Takaful Keluarga biasa ialah RM5,000 setahun. Nilai tersebut setelah ditolak caruman yang dibayar kepada skim faedah saraan, seperti KWSP, Pelan Perubatan dan Pelajaran, Pelepasan Cukai ialah RM3,000 setahun
Konsep Takaful Macam Mana?
- Bila kita sertai takaful keluarga, kita akan carum sejumlah wang ke dalam dana takaful. Anda akan memeterai perjanjian (aqad) bagi sebahagian daripada caruman anda sebagai caruman penyertaan (tabarru’) dan sebahagian lagi sebagai simpanan dan pelaburan.
- Caruman dalam bentuk tabarru’ akan dimasukkan ke dalam sebuah dana (Akaun Khas Peserta atau AKP) yang akan digunakan untuk saling membantu sekiranya salah seorang peserta ditimpa musibah seperti kematian atau hilang upaya kekal. Jika anda masih hidup sehingga tarikh matang pelan tersebut, anda layak untuk berkongsi lebihan bersih daripada dana itu, jika ada.
- Pengendali takaful akan melaburkan caruman simpanan dan pelaburan anda (Akaun Peserta atau AP) dan keuntungan akan dikongsi antara anda dan pengendali takaful berdasarkan nisbah yang telah dipersetujui.
Macam mana Perlindungan Takaful ?
- Takaful keluarga individu (perseorangan) – Ini termasuk pelan pelajaran, gadai janji, kesihatan dan ‘rider’. Anda akan menerima manfaat kewangan jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal, serta simpanan jangka panjang (pelaburan) dan keuntungan pelaburan yang akan diberikan sekiranya dituntut, matang atau serahan awal.
- Takaful keluarga berkumpulan (majikan, kelab, persatuan dan kesatuan) – Ini termasuk pelan pelajaran berkumpulan, perubatan berkumpulan, kesihatan dan ‘rider’. Jumlah minimum peserta dikehendaki untuk layak memasuki pelan ini. Anda akan mendapat perlindungan dalam bentuk manfaat kewangan sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.
- Anuiti - Pelan yang memberi pendapatan tetap selepas anda bersara.
- Pelaburan - Sebahagian daripada caruman anda akan digunakan untuk membeli unit-unit pelaburan seperti unit saham atau sekuriti pendapatan tetap. Perlindungan takaful merangkumi kematian dan hilang upaya kekal.Takaful keluarga ‘rider’ merupakan tambahan kepada pelan takaful keluarga asas. ‘Rider’ memberi perlindungan sekiranya berlaku kemalangan diri dan hilang upaya, perubatan dan kesihatan.
-------------------------------------------------------------------------
Nak tahu lebih lanjut:? Hubungi saya
Mohd Hanif Majid Tel: 012.674.4032
Email: munifmajid@googlemail.com
atau klik di SINI untuk sebarang soalan / kemusykilan anda
Boleh terangkan macam mana Pelan Takaful Keluarga?
ReplyDeleteSaya menginsurankan rumah saya dengan etiqa family takaful berhad.Seandainya kematian ke atas diri saya..adakah pihak insuran menangung sepenuh ke atas rumah saya.maksud sya..sekiranya saya meninggal rumah tak perlu bayar lagi.mohon pencerahan.jangan tipu ya..
ReplyDeleteSy nak tanya ,dimana saya bole hubungi cawangan Johor untuk pertanyaan sijil Pelan Takaful Keluarga yang telah matang Febuary 2021
ReplyDeleteassalamualaikum saya baru sahaja kelmarin menerima sejumlah wang dari etiqa takaful family sedangkan saya langsung tidak membuat permohonan...kenapa tu ya?
ReplyDelete